Perhatian kepada semua Pengawas Sidang Petang.. Sesiapa yang tidak sanggup lagi memikul tanggungjawab pengawas, sila hantar surat perletakan jawatan anda sebelum 17hb Julai 2009. Selepas tarikh tersebut, cikgu akan keluar kan surat pemecatan jawatan kepada pengawas-pengawas yang cikgu rasa tidak layak dan tidak menjalankan tugas dengan baik.
Jika anda tidak ; 1) memakai pakaian seragam pengawas, 2) bertugas di tempat bertugas yang ditetapkan, 3) berkelakuan sopan dan berdisiplin, 4) mematuhi peraturan sekolah, 5) membawa buku catatan pengawas,
Maka, anda tidak sanggup dan tidak layak memikul tugas sebagai pengawas. Jadi, sila buat pilihan betul-betul dan tanya diri sendiri. Sekian harap maklum..
Berikut adalah senarai nama pengawas-pengawas sidang petang yang lulus temuduga
dan telah mengikuti kursus kepimpinan Pengawas pada 7-9 hb Mac 2009...
Sesiapa yang tidak ada nama dalam senarai berikut, dikehendaki memakai pakaian seragam pelajar biasa. Sekian, terima kasih.
Kepada Pengawas yang ada mengikuti Kem tetapi belum ditemuduga, sila berjumpa dengan Cikgu Nadia Richard di Bilik Disiplin 2 pada masa rehat. ( Sila bawa Surat Kebenaran Ibubapa sebagai bukti )