Tuesday, July 21, 2009

2 Efisien yang nakal

Posted by Teacher Nadia Richard at 6:28 AM 0 comments
Pada Bulan Sains dan Matematik lalu,
2 Efisien telah bersungguh2 membuat carta, nota dan peta minda Sains..

Hasilnya.. :)
tara..
Ini seja yg cigu suru lekat, yang lain lambat hantar so cgu nda terima la..
kamurang ni kan..huhu..
Siap ada memo cigu lagi tu supaya pelajar sidang pagi nda kasi koyak..
huahua..
Nah.. tingukla muka2 2 Efisien yang nakal ni..
bercerita ja bila cigu ajar Sains.. ntah dorg faham ka nda tu..huhu..

Tinguk c Adzwan bposing sakan..
yang lain pun nda tahan suda ketawa..huhu..

Tuesday, July 14, 2009

Perhatian kepada Pengawas-pengawas

Posted by Teacher Nadia Richard at 10:02 AM 0 comments
Perhatian kepada semua Pengawas Sidang Petang..
Sesiapa yang tidak sanggup lagi memikul tanggungjawab pengawas, sila hantar surat perletakan jawatan anda sebelum 17hb Julai 2009.
Selepas tarikh tersebut, cikgu akan keluar kan surat pemecatan jawatan kepada pengawas-pengawas yang cikgu rasa tidak layak dan tidak menjalankan tugas dengan baik.

Jika anda tidak ;
1) memakai pakaian seragam pengawas,
2) bertugas di tempat bertugas yang ditetapkan,
3) berkelakuan sopan dan berdisiplin,
4) mematuhi peraturan sekolah,
5) membawa buku catatan pengawas,

Maka, anda tidak sanggup dan tidak layak memikul tugas sebagai pengawas. Jadi, sila buat pilihan betul-betul dan tanya diri sendiri.
Sekian harap maklum..
 

Learning to Learn Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal